Monday, 17 February 2014

jom jadi superhero!

ek elehhhh... merepek je kau ni. apa punya tajuk entah...ni kaki tengok dvd ni... belog ni budak tadika punya ke? akak nak kongsikan cara nak jadi otomen taro ke? gilo ko apo budak ni?lahir tak cukup bulan agak eh dak ni? ajaran sesat!ajaran sesat!

sudah cukup cukup sudah ! mungkin tulisan oren ni merupakan ngomelan mereka yang hanya melihat tajuk sahaja sebelum membaca entri ini.

apa yg korang fikir bila aku sebut pasal superhero? mesti korang fikir....

ultraman. my fav cartoon. ehem ehem jangan gelak korang
yg suka melekat melekat kat bangunan(guna double tape je tu)
ni cartoon legend ni. akak cop yg merah tu!haha

lelaki besi. alaf baru punya superhero.

siapa tak kenal? setiap hari pakai spender merah n i guess, dia tak pernah pakai boxer.
okay okay, inilah dia bila aku gabung kan semua. the marvel heroes. apabila hero hero buat klik.



so, hari ni aku bukan nak cakap pasal hero hero ni. saja2 letak gambar ni. lumrah, mata manusia kan suka dgn warna2 n gambar gambar. that's why instagram dilancarkan(i guess). haha. aku rasa korang ni mesti pernah dengar idioms ni - one good turns deserve another. atau dalam kata lain, buat baik dibalas baik *yawning* okay okay korang, sabar la. ni baru aku nak start dah menguap bagai ni apa?! emo kejap.

superhero tak bermakna kau kena selamatkan seorang awek yg terjatuh dari klcc mahupun kl tower. superhero tak semestinya kau kena selamatkan dunia dari raksasa , alien etc. superhero tak semestinya kau terbang and tahan bulan yang nak jatuh disebabkan tarikan graviti bumi yang terlalu kuat. k k this doesn't makes any sense.

kau pun boleh jadi hero tanpa mencederakan diri kau sendiri. bayangkan bila kau datang kat khalayak ramai, semua tunduk hormat kat kau, siap bg cek 3 juta as reward, org sayang.. cepat bayangkan!.......... dah? berbaloi ke bila kepala dah tak betul dgn cek tiga juta yg kau dapat tu? aha! get it? okay. senang je nak jadi hero.. have you ever heard about random act of kindness? buat baik secara hmm  apa tu, secara.. haa, secara rawak or rambang(baru google translate). buat baik tanpa mengharapkan balasan. contohnya, pernah tengok iklan yg nenek tu bawak satu plastik buah oren n tiba tiba plastik dia bocor, buah tu jatuh, tiba tiba ada sorg budak kecik ni tolong kutip oren tu guna baju dia. haa, lebih kurang macam tu laa. 

banyak lagi yg korang boleh buat sebenarnya. buat orang ceria pun dah kira kau berjaya jd superhero tau. contoh contoh lain, bagi hadiah kat stranger ke(kalau dah terlebih mampu), share topup pun boleh. siram pokok bunga jiran ke(guna air rumah kau k), dukung anak orang, belanja minyak petrol orang, paling paling bayar kan tol untuk 10 kereta kat belakang kereta hang. makcik makcik yg tngah korek2 duit kat dalam laci kereta tu mesti gembira sampai nak nangis. that's what we call as the real happiness.

ya Allah..serious seronok bila tengok orang senyum disebabkan kita. kalau kau rasa buat lawak tu sahaja yg mampu kau buat, buatlah. bila kau tengok diorang gelak n senyum, dyorg relief, kau pun plus plus relief..well, kepada korang yg betul2 kenal/rapat dengan aku, hampaa semua msti kenal aku dengan suka cakap benda benda merepek or always making nonsense jokes (walaupun tak berapa menjadi) tapi bila tngok orang sekeliling kita happy, eventho the next day i gonna sit for SPM, betul2 tak rasa apa apa bila tengok fifi gelak macam apa nyanyi lagu kacangg sambil menari sama sama macam orang tak betul.

kesimpulannya di sini... cehh. haha overnya kau farhani! let's do something that can makes others happy. eventho benda paling kecik sekalipun, it's worth it bila dapat tngok orang gembira n ceria. you have cherish others day mann!! *tepuk tangan* well, let's be superhero to others! secara tak langsung saham akhirat pun kau dapat kumpul. berbaloi kan ? okay then, till we meet again. assalamualaikum :)


3 comments:

  1. Yeahhh . Otomennn ! Hikhik . Teringin nak blog lawa , cantik dan kemas ? Jomm usya blog : http://vanilasukacoklat.blogspot.com/

    ReplyDelete