Monday, 24 February 2014

aaaaaaaaaaaaa noooooooooooooooooooooooooooo!!!

okay kalau kau tengok title memang kau takkan faham lah kan. saja je taip a n o tu panjang panjang. hobby. sorry. hari ni aku nak cakap pasaaaaaaaaaaaaaalll (buat lagi) *bunyi dram* dush dush ke deng deng ting! ........phobia!!!!

eh nampak tak apa aku tulis tu? aku nak cakap pasal phobia atau dalam ejaan melayunya fobia. fobia tu ketakutan hmm lebih kurang lah. phobia ni ada macam macam. ada orang fobia kat ketinggian, ada yg fobia darah, ada yg fobia dekat kucing, ada yg fobia dgn girl girl(macam mana lah nak kahwin agaknya ye)

tapi.. hari ni aku cuma nak fokus kat astraphobia

astraphobia? binatang apo tu cu oi?(gaya nenek aku) macam ni nek, astraphobia tu fobia dekat petir/kilat/guruh. and i'm suffering this. bila cuaca mendung tu mulalah , jantung ni dup dap dup dap(lagi berdebar dari terserempak dgn crush. over k), darah tiba tiba berhenti mengalir kat muka(muka pucat lesi), fokusku tergendala(ayat!),  tangan kaki sejuk, kepala pening, berpeluh peluh. memang tak tenteram betul hidup.

tiba tiba ......









and i was like.....


dah memang tak boleh nak buat apa lah kan. mulut ni tak habis terkumat kamit, zikir sebanyak mungkin(macam kau akan mati disambar petir sebentar lagi) ya Allah jangan lah petir ni sambar kat aku. (at that time) petir ni buatkan aku rasa takut sangat dengan letrek(electricity) bila nak switch on something mesti suruh adik adik. (kakak contoh)

aku punya tahap fobia kat petir ni waktu kecik kecik dulu boleh dikatakan sampai nak terberry rasa takut di ni punya pasal. fobia ni makin kuat pulak macam virus. tambah tambah lepas satu hari ni petir tu boooommmmmm terpanah kat depan mata aku (lebih kurang 10 meter). luckily i was in the car with my dad and my siblings. ibu tengah shopping bunga n pasu kat kedai sambil memikirkan anak perempuannya yg mungkin sedang menjerit di dalam kereta.

slowly i tried to overcome this phobia. bila rasa rasa benda ni nak terjadi aku cepat cepat peluk ibu. well betul cakap orang, pelukan ibu memang ajaib, macam magic. rasa tenang je. tapi tu la ibu tu kadang kadang rimas sebab aku peluk dia kuat gila. tapi tu waktu kecik kecik la. bila dah masuk asrama, bila petir, mulalah tangan ni aku masukkan dalam tudung n tutup telinga, kecikkan diameter pupils and mulut terkumat kamit. walaupun orang cakap tutup telinga tu tak bagus. nanti pekak . orang cakap.



macam macam cara aku buat bila petir. for those who suffered of this kind of phobia. you should try.

1. pegang tangan orang dekat dengan kita. - at least kalau kena panah petir, kau ada geng mati bersama. jkjk

2. berselubung satu badan- tidur ah walaupun tak selesa (tekup telinga dengan bantal)

3. anggap cahaya petir tu macam flash camera. setiap kali flash, buat lah gwiyomi ke apa. takpun boleh bajet bajet retis waktu tu . sorry no comment no comment.

4.dengar mp3. bukak volume paling kuat.

5. mulut terkumat kamit "janganlah sambar aku jangan lah sambar aku"(ni tak perlu okay) haha. lebih baik berzikir. tenang hati. betul ni serious!

6. warn yourself - it's just a bunch of noise that seems like it's tries to scare you. tak takut pun tak takut pun

well, itulah antaranya yang aku buat bila fenomena ini terjadi.(ayat karangan) be prepared! cause you maybe the next person the lightning point! hahahahahah *evil laugh* 

i gotta go. till then , kbai! salam :)





Monday, 17 February 2014

jom jadi superhero!

ek elehhhh... merepek je kau ni. apa punya tajuk entah...ni kaki tengok dvd ni... belog ni budak tadika punya ke? akak nak kongsikan cara nak jadi otomen taro ke? gilo ko apo budak ni?lahir tak cukup bulan agak eh dak ni? ajaran sesat!ajaran sesat!

sudah cukup cukup sudah ! mungkin tulisan oren ni merupakan ngomelan mereka yang hanya melihat tajuk sahaja sebelum membaca entri ini.

apa yg korang fikir bila aku sebut pasal superhero? mesti korang fikir....

ultraman. my fav cartoon. ehem ehem jangan gelak korang
yg suka melekat melekat kat bangunan(guna double tape je tu)
ni cartoon legend ni. akak cop yg merah tu!haha

lelaki besi. alaf baru punya superhero.

siapa tak kenal? setiap hari pakai spender merah n i guess, dia tak pernah pakai boxer.
okay okay, inilah dia bila aku gabung kan semua. the marvel heroes. apabila hero hero buat klik.



so, hari ni aku bukan nak cakap pasal hero hero ni. saja2 letak gambar ni. lumrah, mata manusia kan suka dgn warna2 n gambar gambar. that's why instagram dilancarkan(i guess). haha. aku rasa korang ni mesti pernah dengar idioms ni - one good turns deserve another. atau dalam kata lain, buat baik dibalas baik *yawning* okay okay korang, sabar la. ni baru aku nak start dah menguap bagai ni apa?! emo kejap.

superhero tak bermakna kau kena selamatkan seorang awek yg terjatuh dari klcc mahupun kl tower. superhero tak semestinya kau kena selamatkan dunia dari raksasa , alien etc. superhero tak semestinya kau terbang and tahan bulan yang nak jatuh disebabkan tarikan graviti bumi yang terlalu kuat. k k this doesn't makes any sense.

kau pun boleh jadi hero tanpa mencederakan diri kau sendiri. bayangkan bila kau datang kat khalayak ramai, semua tunduk hormat kat kau, siap bg cek 3 juta as reward, org sayang.. cepat bayangkan!.......... dah? berbaloi ke bila kepala dah tak betul dgn cek tiga juta yg kau dapat tu? aha! get it? okay. senang je nak jadi hero.. have you ever heard about random act of kindness? buat baik secara hmm  apa tu, secara.. haa, secara rawak or rambang(baru google translate). buat baik tanpa mengharapkan balasan. contohnya, pernah tengok iklan yg nenek tu bawak satu plastik buah oren n tiba tiba plastik dia bocor, buah tu jatuh, tiba tiba ada sorg budak kecik ni tolong kutip oren tu guna baju dia. haa, lebih kurang macam tu laa. 

banyak lagi yg korang boleh buat sebenarnya. buat orang ceria pun dah kira kau berjaya jd superhero tau. contoh contoh lain, bagi hadiah kat stranger ke(kalau dah terlebih mampu), share topup pun boleh. siram pokok bunga jiran ke(guna air rumah kau k), dukung anak orang, belanja minyak petrol orang, paling paling bayar kan tol untuk 10 kereta kat belakang kereta hang. makcik makcik yg tngah korek2 duit kat dalam laci kereta tu mesti gembira sampai nak nangis. that's what we call as the real happiness.

ya Allah..serious seronok bila tengok orang senyum disebabkan kita. kalau kau rasa buat lawak tu sahaja yg mampu kau buat, buatlah. bila kau tengok diorang gelak n senyum, dyorg relief, kau pun plus plus relief..well, kepada korang yg betul2 kenal/rapat dengan aku, hampaa semua msti kenal aku dengan suka cakap benda benda merepek or always making nonsense jokes (walaupun tak berapa menjadi) tapi bila tngok orang sekeliling kita happy, eventho the next day i gonna sit for SPM, betul2 tak rasa apa apa bila tengok fifi gelak macam apa nyanyi lagu kacangg sambil menari sama sama macam orang tak betul.

kesimpulannya di sini... cehh. haha overnya kau farhani! let's do something that can makes others happy. eventho benda paling kecik sekalipun, it's worth it bila dapat tngok orang gembira n ceria. you have cherish others day mann!! *tepuk tangan* well, let's be superhero to others! secara tak langsung saham akhirat pun kau dapat kumpul. berbaloi kan ? okay then, till we meet again. assalamualaikum :)


Saturday, 15 February 2014

k to the u to the r to the u to the s in the easiest way!


PERHATIAN!!
adakah anda mempunyai badan seperti ini?

atau seperti ini?





TAPIII......



 anda inginkan badan yg sperti ini?

dan juga seperti ini?

jeng jeng jeng ... hari ni aku nak tolong korang. macam xkena je bunyi. okay, never mind. 

so the topic today . . . *bunyi drum* .....SIAPA NAK KURUS ! haha. hari ni aku nak kongsi sikit ilmu yg aku ada ni. aku dah praktik kan dalam masa 2  minggu ni. nak kata perubahan yg mendadak takde lah juga. takdelah sampai turun 20 kg. melampau sangat k. setakat turun 3 ke 4 kilo tu kira okay lah kan. yelaa , aku baru je practice. so, there are some rules you have to follow. kalau kau malas nak layan, boleh cepat2 tekan button merah kat penjuru monitor kau. k. 

well you know, MALAYSIA i repeat MALAYSIA menduduki tempat keenam sebagai negara obesiti di asia pasifik. bukan asia tenggara, tapi asia pasifik k. wah tahniah korang !



 well, bukannya kita taktau, malaysia ni kan terkenal dgn macam2 makanan. apa mau semua boleh dapat punya ehhhh. roti canai, nasi lemak, tosai, capati, abc, cendol, sate, burger, western food, japanese food, korean food sampailah arabic food pun ada. tambahan lagi, kfc, mcd, pizza hut, dominos sampai lah ke mamak 24 hours woo. silap2 nanti mamak pun ada drive thru. haha. skrg ni pn , bila org suruh bersenam ke apa, macam2 alasan lah dia pokpekpokpek . "aku busy lah" "takde masa lah" "nanti kalau i joging or work out kat luar, habis hitam kulit i" okay itu over. sakit jantung karang terhegeh hegeh nak g klinik.

cukup dah membebel. now , aku nak share sikit tips untuk korang yg beriya-iya nak kurus. tapi, kena lah istiqamah ye.

rahsianyaaaa.... jeng jeng..

1.have you ever heard this "breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar." pernah? okay, breakfast like a king maksudnya, breakfast lah macam mana yg korang nak. atau dalam kata lain-melantak. bila korg dah bersarapan besar pagi2, perut korang still ada time nak hadam semua makanan sebab after breakfast, mesti korang ada macam aktiviti kan? lunch like a prince. maksudnya lunch yg sederhana. jgn lah melantak banyak sangat. and lastly, dinner like a beggar. it means eat like you're a beggar. makan sikit je sebab after dinner, perut korg ada masa yg sangat terhad nak hadam semua tu n then tak banyak aktiviti kan. 

2. minum air kosong/mineral/masak/skyjuice selalu. we're supposed to drink 7 glass of water each day kan. minum je la. sebab air kosong ni bagus untuk buah pinggang n baik untuk penghadaman. ada org cakap , kalau minum air selalu, buncit lah perut. mana kau belajar haaa...lagi satu, kurangkan minum air manis dan bergas. kalau korg minum jugak, make sure ada air kosong sekali. "mamak! teh tarik satu, air suam satu!" "siap!" 
p/s it's better drink a warm water than the cold one.

3. makan sikit tapi banyak.  macam mana tu ye? haha. maksud aku, makan sikit setiap kali korang nak makan tapi korg boleh makan bila2 masa. 6 kali makan each day pun takpe!haha

4. kunyah makanan lebih lama. haha. ni akan membuatkan korang rasa kenyang cepat, so kuranglah pengambilan makanan. sunnah Rasulullah saw kunyah 40 kali.

5.jangan malas nak workout. at least, lepas bangun pagi tu korang menari lah sikit ke apa. paling tak pun korang buat sit up 20 kali. joging dalam bilik 100 round ke. it's up to you. biar berpeluh sikit. then baru lah mandi. korang akan rasa fresh sepanjang hari tu. aku jamin lah.

6. berry(buang ayaq besaq) setiap pagi walaupun susah macam mana. cuba. kalau nak senang minum lah milo ke apa. well , perut ni kena recycle everyday. pagi2 dapat berry mmg lega. hahaha. #serioustalk k.

7. katakan TIDAK! kepada syaitan ni rojim dan nafsu yg menggoda anda untuk makan lebih2. baca doa before makan ye!

8. elakkan ambil ubat kurus ke apa. tu semua tak wujud pun. ingat, tak ada jalan yg mudah untuk berjaya!

hmm k. itu je tips yg dapat aku share. takde la extreme sangat kan? boleh ikut punya lah! haha. istiqamah yg penting! haha. okay, bagi yg nak kurus tu good luck okay! see you in the next entry. assalamualaikum :D


Wednesday, 12 February 2014

how to give a bad news

this article i found in keknis' blog. that article is awesome. it's about how to tell a bad news to someone. well, it's a good resolution. in another words, give a non-stop reason.  eh bukan non stop reason,  cuma satu simple solution seblelum noktah kat hujung ayat. fikir dulu sebelum cakap.  a problem remains a problem when there is no solution.

so here i just copypaste from keknis blog.  enjoy reading it :)

Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu masalah. Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu bebanan untuk mencari jalan keluar. 

Contoh berita buruk ; "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM". NAK MATI EH DATANG KAT MAK KAU CAKAP CAMTU? 6 MINGGU PUN TAKKAN HABIS BEBELAN MAK KAU SIAP QUESTION ASAL USUL LATAR BELAKANG KAU.

Contoh berita buruk ; "Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar".MENANGIS SEMINGGU WEH ADIK TUHHH BIADAP PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM GOSTAN.

Contoh berita buruk ; "Salmon kita dah habis hari ini". WOI INI KEDAI SUSHI KE KEDAI APA WEH SALMON PUN HABIS TAK RETI BAJET KE NAK TANGKAP BERAPA SALMON DI LAUT SETIAP HARI *API KELUAR HIDUNG BULU HIDUNG TERBAKAR*

Contoh berita buruk ; "Sayang, abang nak kahwin lain". Cubalah try cakap, CUBA.

Jadi cara yang terbaik dan penuh hormat untuk beri berita buruk adalah to cushion its impact with a solution. Dengan mengurangkan impak berita buruk itu apabila ia didatangkan sekali dengan beberapa cadangan penyelesaian. 

First, kita kena paham dari mana kemarahan itu datang. Dari situ kita akan mendapat idea bagaimana untuk meredakannya. Contoh berita buruk yang fail paper BM untuk trial SPM. Mestilah kemarahan emak itu datang dari satu kekecewaan dan ketakutan. Mesti dia takut anak dia fail terus untuk SPM yang sebenar. Bila dah faham sumber kemarahan itu, kau datangkan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan hatinya. "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM, *tapi* saya dah daftar kelas tambahan setiap hari Sabtu dan saya dah duduk dengan cikgu bincang bahagian yang saya lemah jadi lepas ini saya nak beli novel BM untuk improve kosa kata saya". Okay. Camtu (provided kau dah setelkan semue benda yang kau cakap tulah). Mak kau still akan marah. Tapi dia marah je pastu dia buntu nak bebel apa dah sebab bebelan biasanya adalah satu keluhan kesalan. Tapi kau dah matikan point dia bila kau beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif kau sendiri. Paham?

"Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar *dan* akak tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga kucing tengah makan tuna atas dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan kucing baru sebab akak tahu adik suka peluk kucing time tidur."

"Salmon kita dah habis hari ini, *jadi* kita akan pergi Cold Storage sekejap untuk beli, provided cik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah macha ice cream semangkuk sementara cik tunggu"

"Sayang, abang nak kahwin lain *maka* abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik"

Camtu. Okay yang last tuh mungkin takkan berhasil gak, sorry.

Thursday, 6 February 2014

pecah ais C:

the left one :)

I am...
afiqah farhani binti ainon adnan dan norzahiah . Call me anything you want (don't play2 with nama mak bapak atok nenek moyang) . Proudly a muslim . eighteen . the only daughter . lepasan espiyem . purple orange white . His servant forever and after . saiz kasut 4 . anything else ? okay dah. thats all i can share with you . wearing braces(just don't ask why) .