Sunday, 26 October 2014

not interested in giving title.


time changed, so do people.

bismillah pembuka bicara tinta maya yang mungkin tidak begitu berbaloi untuk dibaca. namun masih kutulis sebagai aktivis di masa lapang.

mungkin gaya penulisan aku pada entri kali ini sudah berubah, sedikit formal. bukan kemahuanku terus terang. kematangan membawa aku kemari.

hanya entri kali ini. percayalah.
namun aku tidak mahu berjanji. kerna aku mudah alpa.

okay cukuplah setakat itu gaya formal aku. aku kurangkan sedikit agar korang faham apa aku cuba sampaikan. macam ni, aku cuti sem 3 bulan, university life katanya. mungkin berada di alam maya menjadi pilihan aku. mungkin. i'm getting used to it. well nothing interesting to a y-generation youngster like me to do though. daripada bersosial di social networks yang tak pasti apa tujuannya, lebih baik aku menulis entri yang kebanyakannya datang dari isi hati, or maybe from my grey matter itself. k abaikan.

jauh berjalan luas pandangan

itu yang aku cuba aku sematkan dalam otak bila terpaksa jalan jauh padahal ada jalan yang lebih dekat. term "jalan jauh" di sini bermaksud sesat atau tersalah jalan (tak sengaja). apa yang cuba aku tekankan di sini adalah positif. 

yes be positive. atau dalam bahasa ibundanya positif. 

ya memang benda takkan boleh settle bila kau cuba jadi positif sahaja. yes some actions are necessary to be taken. tapi kadang-kadang kalau kau terlampau stress, kerja memang tak boleh jalan. refleksi itu memang perlu, but that's not the main step. arasso?

arasso itu faham dalam bahasa korea.

university life taught me that being positive are essential even though you're feeling down on that particular time. sampaikan bila roommate cakap hai time kau balik pun kau rasa nak lempang sampai patah hidung dia. hm that's too much i guess. biarkan. be positive bro! sometimes all you need is positive vibes. macam mana nak jadi positif?

ehem ehem

1. nombor satu, cari kawan yang positif. maksud aku di sini, cari kawan yang selalu bagi semangat bila kita down, kawan yang relax and the one who always radiate their positive vibes. yang paling penting, kita selesa dengan dia.

bayangkan bila kau fail exam and tiba tiba kawan kau tu cakap

"bangangnya kau ni tak belajar ke? orang macam kau ni memang takde masa depan"

apa kau rasa?

2. kau pergi pada cermin dan cakap "ini semua hanya sementara"

hm skemanya ayat.
bruh, up to you lah.

sebenarnya aku nak cakap 'take it easy'
tak payah cermin pun tak apa. acah acah motivator katanya.

3. jauhkan diri dari sebarang anasir yang boleh menjatuhkan kau. anasir anasir ini termasuklah kawan kawan yang boleh menjatuhkan semangat kau. sebenarnya aku tak suka sangat dengan orang yang terlalu serious dalam kerja. cause i dont act like one. tapi dalam satu organisasi kalau takde orang macam ni, percayalah takkan jalan kerja kerja tu. sebab tu aku tak boleh belajar dalam study group. sebab aku memang suka borak dan tak pernah serious. study sendiri is my type of study.

mungkin orang cakap aku loner, tapi sebenarnya itu proses untuk jadi positif. tambahan aku tak suka dicabar dan bersaing.

plus imma slow learner

sad life

4. hm tiada nombor empat sebab semua tu kau boleh fikir sendiri. Allah dah bagi akal untuk berfikir kan? maaf, aku mengantuk. mungkin setakat ini tinta maya yang sempat aku coretkan. inshaallah jika masih diberi peluang untuk menghela nafas, akan kucoretkan

mungkin tidak sebosan entri kali ini. mohon undur diri.

aku mengantuk.

selamat malam.




1 comment: