Thursday, 6 March 2014

hot weather

tajuk dah macam tajuk encyclopedia dah. hm okay. takpa.. apa yg korang rasa sekarang? panas? haa! awak yg kat blakang tu yg pakai tshirt biru tu, ha awak lah, tadi awak cakap apa? panas jugak? akak yg tepek muka dengan bedak sejuk tu pun panas? okay jangan gaduh kita bincang kita bincang.

too hot

plus 

haze

plus

drought


hm kelmarin suhu kat tempat aku ni mencecah 36 celcius bro. 36 celcius. serious. currently di daerah tempat aku menetap ni takde air (tampin) especially in gemas. haah takde air. pity to the girls who are on their menstruation. okay chill chill. lori air kan ada. abang abang and pakcik pakcik lori air tu dah dikira macam superhero dah kat sini. bila nampak je lori tangki dari SAINS or whatsoever tu, makcik makcik dan pakcik pakcik kat neighborhood aku ni melompat lompat kegembiraan seakan akan menang peraduan shell. semua sediakan tong, besen , baldi, periuk belanga dan macam macam lagi lah. selagi ada bekas kat rumah tu selagi tu bersusun kat depan rumah. tapiiii pakcik botak tu kata 5 bekas je boleh isi. okay redho. makcik makcik yg dekat rumah pun tunggu giliran lori datang dengan senyuman paling manis sekali seakan akan orang yg paling manis senyuman dia dapat lebih air. tapi tak pun. tiba giliran rumah aku. haha. yg isi tu abang abang lah. aku pun apa lagi, main kenyit kenyit mata lah kat abg tu dengan harapan dia isi lebih. jkjkjkjk. gila ke apa aku nak buat macam tu? nevaa! haha. well at this time i feel like water is much expensive than gold. amagaaaddd ayat aku.


have you ever heard about heat stroke ataupun strok haba. belakangan ni mesti korang selalu dengar kat dalam tv kan? bagi yg tengok berita tu tahu lah kan. strok haba ni disebabkan oleh pendedahan seseorang yg berpanjangan kepada cuaca panas kering sekarang ni, bukan tu je, strok haba mi pun serang orang yg kurang minum air n dehidrasi badan. tu lah den dah kobar minum air banyak banyak ni ekau minum ciput jo. nak ke kena strok haba macam ni ...






tak nak kan?

antara symptom symptom dia, pening kepala, mual, panas tapi tak berpeluh, kadar denyutan nadi pantas , otot cepat rasa lemah n kejang. bila dah rasa macam tu semua cepat cepat pergi jumpa doktor okay.



bahayanya musim musim panas kering ni. boleh kena strok haba, boleh kena demam denggi, selsema batuk sakit tekak... macam macam lagi lah. so here some advises yg korang boleh pakai :)

  • minum air sebanyak banyak yang mungkin. no air manis manis or bergas, air kosong je. sepatutnya 2.5 liter sehari semalam.
  • kurangkan aktiviti luar rumah
  • tutup pintu tingkap bila dah maghrib n waktu awal pagi. nyamuk aedes berpesta time tu
  • bagi adik2 kecik yg nak main bola kat padang, please keluar after 6pm. biar redup sikit k?
  • kalau  rasa panas sangat, tips nak sejukkan badan, pakai koolfever yg tepek kat dahi tu. kalau mampu.
  • bagi yg kuat berpeluh tu sampai menitik nitik peluh tu jangan lupa bawak sekali handkerchief or tissue. wet tissue pn boleh n jangan lupa pakai deodorant (nanti satu bas bau, amagaddd) i suggest this one

nivea black and white.so that baju tak rosak kat celah celah ketiak tu okay der?


sepanas panas dunia ni, panas lagi api neraka. #notethat

till we meet again. assalamualaikum :) 







1 comment: